News - Posted at
Okt 17,2012
Persidangan Dewan Rakyat (AKPK)
Excerpt from Berita Nasional RTM dated 11 October 2012
68-peratus individu yang telah mendapatkan bantuan daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (A-K-P-K), terdiri daripada mereka yang mempunyai pendapatan bawah 3-ribu Ringgit sebulan. Demikian menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat. Lebih 196-ribu individu telah mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling kredit daripada A-K-P-K, sehingga Ogos lepas. 57-peratus daripada mereka berusia bawah 40 tahun. 67-peratus adalah lelaki. 32-peratus dari sektor swasta, 48-peratus bekerja sendiri dan lapan peratus penjawat awam.