Golongan belia makin bijak urus hutang

Categories

Artikel daripada Utusan Malaysia.

 

Kuala Lumpur 10 Jun - Tahap kesedaran golongan belia dalam pengurusan kewangan dan kredit semakin meningkat, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Azaddin Ngah Tasir.

 

Beliau berkata, ketika ini, lebih 70 peratus yang tampil mendapatkan khidmat kaunseling adalah daripada kelompok tersebut.

 

"Setakat akhir bulan Mei 2015, lebih 342,000 orang telah datang ke AKPK untuk mendapat khidmat kaunseling kewangan dan daripada jumlah tersebut, lebih 131,000 orang pula telah mengikut program khas iaitu Program Pengurusan Kredit (PPK).

 

"Khidmat kaunseling dan permohonan PPK menyaksikan rata-rata yang tampil adalah golongan belia yang berusia 25 hingga 40 tahun dan ini menunjukkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemerkasaan Program Pendidikan Kewangan di sini hari ini.