PK Pendidikan Kewangan AKPK

PENDIDIKAN KEWANGAN

Kami menawarkan bahan berkaitan pendidikan kewangan tentang penggunaan kredit secara bijak serta asas pengurusan wang dan tanggung jawab dalam menguruskan kredit. Modul pendidikan kami berasaskan mengikut pendekatan kitaran hidup.
Baca lebih lanjut >

Empat Modul Pendidikan

1

Penggajian Tinggi

Kita menyediakan pengetahuan kewangan secara praktikal dan pengurusan kredit untuk golongan dewasa muda di peringkat pengajian tinggi.

Penggajian Tinggi

Anak muda hari ini dibesarkan didunia yang semakin rumit di mana mereka perlu untuk bertanggungjawab terhadap masa depan kewangan mereka sendiri. Pendidikan kewangan untuk penggajian tinggi adalah bagi mereka yang berusia diantara 18 hingga 25 tahun yang sedang menjalani pendidikan selepas sekolah menengah.

Kami memupuk kemahiran yang sesuai tatkala usia masih muda untuk mengukuhkan asas bagi masa depan pengurusan kewangan mereka.

Modul ini akan memfokuskan kepada pengurusan aliran tunai, kepentingan membuat bajet dan simpanan, perbankan internet dan topik lain yang sesuai sementara mereka masih berada di pusat pengajian tinggi.

2

Permulaan Pekerjaan

Kita menyediakan pengetahuan kewangan secara praktikal dan pengurusan kredit kepada bakal peminjam yang baru masuk alam pekerjaan.

Permulaan Pekerjaan

Bagi permulaan pekerjaan, ia terdiri daripada mereka yang berusia diantara 20 hingga 30 tahun, terutamanya mereka yang baru sahaja memulakan pekerjaan.

Pendidikan kewangan amat penting dan kritikal kepada mereka yang tergolong didalam kumpulan ini kerana mereka berada didalam transisi kebergantungan kepada tugas yang mandiri dalam pengurusan kewangan, contohnya mereka mungkin mahu membeli sebuah kereta sebaik sahaja mula bekerja dan melihat ini lebih daripada satu keperluan, sedangkan modul permulaan pekerjaan ini akan memberi penekanan yang lebih kepada terminologi asas dan kepentingan pinjaman yang produktif dalam meningkatkan nilai bersih pada masa akan datang.

Pendidikan kewangan ini juga turut memberi pendedahan dan memupuk budaya mengurus hutang dengan bijaksana. Modul ini juga akan memperkenalkan asas pelaburan dan kepentingan insurans untuk perlindungan.

3

Famili

Kita menyediakan pengetahuan kewangan secara praktikal dan pengurusan kredit untuk golongan dewasa berkeluarga.

Famili

Modul yang seterusnya didalam kitaran kehidupan adalah bagi mereka yang baru memulakan dan sedang membina sebuah keluarga. Mereka didalam kategori ini sedang mendekati masa di mana mereka telah melalui pelbagai frasa penting di dalam kehidupan: perkahwinan, mempunyai anak dan memiliki sebuah rumah baru.

Modul ini dibangunkan bagi mereka yang berusia diantara 30 hingga 40 tahun. Modul ini akan lebih memfokuskan kepada perancangan untuk menyelesaikan pinjaman yang diambil dan mengurangkan komitmen hutang supaya bersedia untuk persaraan dan, mementingkan perancangan untuk ketidakpastian dalam melindungi diri dan keluarga, memperkenalkan jenis perlindungan yang ada dan memahami jenis polisi yang betul untuk perlindungan keluarga mengikut kemampuan.

Penekanan juga diberikan kepada peningkatan pelaburan untuk menjana pendapatan pasif semasa menghadapi persaraan.

4

Persaraan

Kita menyediakan pengetahuan kewangan secara praktikal dan pengurusan kredit kepada bakal pesara.

Persaraan

Transisi dari kerja sepenuh masa sehingga bersara sepenuhnya melibatkan banyak keputusan sukar mengenai perlunya pendapatan ketika bersara, pengurusan harta persaraan, pencen, program persaraan kebangsaan dan rancangan untuk keluar terus dari terus-terusan menjadi buruh kepada dunia pekerjaan dan bersara sepenuhnya. Beberapa keputusan ini tidak dapat ditarikbalik dan mempunyai implikasi jangka panjang dari segi kesejahteraan ekonomi ketika bersara nanti.

Bagi membuat pilihan terbaik, seseorang individu memerlukan tahap pendidikan kewangan yang mantap dan pemahaman yang terperinci mengenai perancangan persaraan mereka.

Oleh itu, modul pra-persaraan ini akan membimbing mereka sebagai persediaan dari segi kewangan bagi menghadapi persaraan dengan melunaskan hutang dan meningkatkan simpanan untuk persaraan, memahami tentang penggunaan wang pelaburan supaya tidak berlakunya pembaziran dan mengekalkan polisi perlindungan dan menyemak semula portfolio insurans.

Permohonan Ceramah / Taklimat untuk Organisasi

Program kami dibuka untuk kerajaan, NGO, syarikat, swasta dan lain-lain.

Lihat Program-program >