Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar

 

FAQ - Penambahbaikan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar (Targeted Repayment Assistance - TRA)
yang diumumkan dalam Belanjawan Negara oleh Menteri Kewangan pada 6 November 2020.

Penambahbaikan TRA merujuk kepada penangguhan bayaran ansuran bulanan selama tiga (3) bulan ATAU pengurangan bayaran ansuran bulanan sebanyak 50% selama enam (6) bulan tertakluk kepada terma dan syarat.

Penambahbaikan TRA ini adalah tambahan kepada apa yang telah diumumkan sebelumnya bagi mereka yang telah kehilangan kerja, dan bagi individu dan PKS (perusahaan mikro) yang terjejas pendapatan mereka disebabkan oleh pandemik COVID-19.
Ya. AKPK menerima pakai penambahbaikan TRA ini sebagai bantuan bayaran balik tambahan bagi peminjam B40, perusahaan mikro dan peminjam individu dalam PPK untuk kemudahan pinjaman yang diluluskan sebelum 1 Oktober 2020 dan tidak mempunyai tunggakan melebihi 90 hari pada masa permohonan bantuan bayaran balik dibuat.
Ya. Peminjam di bawah program PPK yang sedia ada perlu mengesahkan pilihan mereka dan membuat permohonan seperti biasa menerusi laman sesawang AKPK antara 23 November 2020 dan 30 Jun 2021. Sila klik : http://customer.akpk.org.my/ untuk mendapatkan akses kepada borang permohonan dan rujuk panduan ini.




PKS pula boleh menghubungi bank masing-masing untuk permohonan TRA manakala perusahaan mikro boleh mendapatkan bantuan menerusi Meja Bantuan Perusahaan Mikro AKPK untuk nasihat kewangan serta penghantaran permohonan TRA. Sila klik: https://www.akpk.org.my/my/mejabantuanmikro dan panduan berikutnya.
Semua kemudahan pinjaman yang dikendalikan di bawah PPK dan ansurannya pula dibayar terus kepada AKPK setiap bulan layak untuk permohonan TRA.
Ya, kemudahan pinjaman ini juga layak. Namun, dalam kes ini, peminjam dinasihatkan agar berurusan dengan institusi kewangan masing-masing bagi mendapatkan kelulusan TRA.
Peminjam tidak digalakkan untuk memohon. Sebailknya, peminjam dinasihatkan agar meneruskan pembayaran ansuran seperti biasa. TRA ini bertujuan untuk membantu peminjam yang sangat memerlukan bantuan dan sedang menghadapi masalah aliran tunai yang berpunca daripada pandemik ini.
Ya, kedua-dua insentif di bawah TRA akan melibatkan caj faedah/keuntungan tambahan kepada peminjam dan tempoh pembayaran balik juga akan dilanjutkan sewajarnya.
Sekiranya tiada tunggakan pembayaran dan pembayaran terakhir untuk bulan Oktober 2020 telah dibuat mengikut jadual, pembayaran berikutnya akan bermula dari bulan Februari 2021 setelah penangguhan tiga (3) bulan iaitu dari bulan November 2020 hingga bulan Januari 2021.

Bagi insentif pengurangan bayaran ansuran 50% pula, bayaran separuh daripada ansuran pinjaman akan dibuat mulai bulan November 2020 hingga April 2021 (untuk tempoh enam bulan) sebelum kembali kepada bayaran penuh mulai bulan Mei 2021.
Tidak. Pelaksanaan TRA ini akan mengikut terma dan syarat yang telah diluluskan sepertimana yang telah diumumkan dalam Belanjawan Nasional 2021.
Tidak, hanya kemudahan pinjaman yang diluluskan sebelum 1 Oktober 2020 sahaja yang layak untuk mendapat insentif di bawah TRA.


Tarikh: 21 November 2020