URUS


URUS Sedia Membantu.

URUS ialah skim bersama yang diwujudkan bersama industri perbankan untuk menawarkan sokongan aliran tunai dan bantuan pembangunan bagi peminjam/pelanggan B50 yang layak.

Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS)

Dikemas kini pada 22 November 2021

 


1. Apa itu URUS?

URUS membantu peminjam/pelanggan B50 meringankan beban kewangan akibat pandemik COVID-19 dan memberikan bantuan menyeluruh untuk ketahanan kewangan jangka panjang.

URUS menyediakan pelan kewangan peribadi yang mengambil kira keadaan kewangan dan kemampuan anda untuk membayar semua tanggungan kewangan. Sokongan aliran tunai memberi anda ruang bernafas untuk mengukuhkan keadaan kewangan anda.

Anda hanya perlu memohon dengan satu bank sahaja yang mana pinjaman/pembiayaan anda sedang berada dalam program bantuan bayaran balik.

2. Siaran Akhbar
Sila dapatkan siaran akhbar bersama oleh Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM), Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di SINI.

Siaran akhbar terdahulu bertarikh 14 Oktober 2021 boleh didapatkan di SINI.
3. Panduan URUS - Manfaat dan Permohonan
Panduan URUS
4. Butiran dan Pertanyaan mengenai URUS
Untuk butiran lanjut mengenai URUS, sila rujuk Soalan Lazim di SINI.
Untuk pertanyaan dan maklum balas mengenai URUS, sila klik di SINI.
Pelanggan juga boleh menghubungi kami melalui Infoline URUS di 03-8966 3055.

Sila klik di SINI untuk maklumat lanjut berkenaan URUS oleh Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM).
Sila klik di SINI untuk maklumat lanjut berkenaan URUS oleh Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM).
5. Status Permohonan URUS
Pelanggan boleh menyemak status permohonan URUS masing-masing di SINI.