AKPK tawar penangguhan bayaran balik

Categories

Categories: 

KUALA LUMPUR: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) memberi penangguhan pembayaran kepada semua pelanggan Program Pengurusan Kredit (PPK) selama enam bulan bermula April ini.

Jabatan Komunikasi Korporat AKPK, berkata penangguhan yang selaras dengan pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) membolehkan pelanggan PPK menangguhkan bayaran sehingga September 2020.

“Pemberian penangguhan pembayaran ini adalah automatik dan pelanggan tidak perlu membuat sebarang permohonan.

“Bagaimanapun pelanggan turut digalakkan untuk membuat pembayaran PPK seperti biasa sekiranya ingin berbuat demikian.

“Sebarang pembayaran PPK yang diterima akan disalurkan kepada institusi kewangan berkaitan,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan boleh mengisi borang atas talian menerusi pautan http://bit.ly/AKPKdmp2020.