AKPK tawar bantuan bayar balik bersasar untuk mangsa banjir

Categories

Categories: 

KUALA LUMPUR: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menawarkan bantuan bayaran bersasar bagi pelanggan Program Pengurusan Kredit (PPK) yang terjejas oleh banjir di beberapa negeri baru-baru ini.

AKPK dalam kenyataan hari ini berkata, bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan mereka.

"Bantuan bayaran balik ini meliputi penangguhan atau pengurangan ansuran bulanan PPK, tertakluk kepada permohonan pelanggan dan penilaian AKPK.

"Pelanggan AKPK yang terjejas oleh banjir boleh memohon bantuan ini secara dalam talian di http://customer.akpk.org.my/," kata agensi itu dalam kenyataan, hari ini.

AKPK turut menjelaskan, semua perkhidmatannya adalah percuma dan pihaknya tidak pernah melantik mana-mana ejen atau pihak ketiga untuk berurusan bagi pihaknya.

Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web rasmi AKPK melalui pautan https://www.akpk.org.my.