Belia peka urus kewangan

Categories

Categories: 

KUALA LUMPUR - Belia dilihat semakin peka dengan pengurusan kewangan mereka bagi menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Pengurus Besar Bahagian Operasi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Nor Fazleen Zakaria berkata, ia berikutan jumlah belia yang menyertai program agensi itu semakin berkurangan.

“Kami berjumpa dengan ramai belia dan berikan nasihat kepada mereka mengenai pengurusan kewangan. Alhamdulillah, mereka semakin sedar pentingnya urus kewangan sendiri. “Selain itu, ada yang ambil inisiatif buat perniagaan online bagi menambah pendapatan mereka,” katanya di majlis penyampaian hadiah pertandi-ngan slogan AKPK sempena Hari Ibu, semalam. Seramai lima pemenang terpilih, menawarkan hadiah minum petang di Restoran Atmosphere 360, Menara Kuala Lumpur.

Sementara itu, Nor Fazleen berkata, seramai 84,948 belia mendapatkan perkhidmatan daripada AKPK dengan 27,287 belia telah dibantu di bawah Program Pengurusan Kredit (PPK). Namun, beliau meminta belia sentiasa berwaspada dengan pengurusan kewangan mereka memandangkan harga pelbagai barangan, termasuk kereta dan rumah semakin meningkat. “Kalau boleh, gunakan hanya 40 peratus daripada pendapatan bersih. Ini kerana, apabila anda ada simpanan tinggi, anda boleh guna simpanan itu jika ada kecemasan. “Tapi, semuanya bergantung kepada kemahuan masing-masing. Apa pun, saya minta belia berbelanja ikut kemampuan kewangan mereka sahaja. “Jangan terlalu berbelanja semata-mata nak ikut trend. Setiap individu ada kemampuan kewangan berbeza,” katanya.

- Sinar Harian Online | 15 May 2017